Tuesday, 7 March 2017

UCAPAN ALUAN DARI KETUA PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARAKERJA NEGERI KELANTAN

EN SUHAIMUDDIN BIN SULAIMAN
Assalamualaikum w.b.t,
Dengan lafaz syukur Alhamdulilah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) serta para sahabatnya saya ucapkan selamat datang ke laman blog rasmi Pemulihan Carakerja Negeri Kelantan
Selamat sejahtera dan Salam satu Malaysia diucapkan kepada seluruh warga OT Kelantan sekalian. Laman blog ini diwujudkan untuk membantu organisasi meningkatkan sistem kawalan dalaman dan tadbir urus yang baik. Oleh itu inisiatif & mekanisme yang berterusan seharusnya diambil demi memenuhi visi dan misi perkhidmatan OT di Kelantan.
Perkhidmatan yang cekap banyak bergantung kepada kapisiti & kepercayaan kita menyesuaikan tugas sejajar dengan perkembangan masa disamping mematuhi kehendak peraturan yang ditetapkan. Budaya IT telah menyediakan satu kaedah baru bagi menyempurnakan tugas dengan berkesan selain memberi maklumat yang berguna dalam melaksanakan tugas seharian. Menyedari betapa pentingnya dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat , maka OT Kelantan dengan rasminya melancarkan laman blog baru ini.

Laman blog ini merupakan repositori penting kepada usaha memperluaskan penyebaran maklumat mengenai perkhidmatan, pengurusan serta keterlibatan OT didalam program-program yang dilaksanakan. Laman blog yang disediakan  ini adalah lebih berinformasi di mana direktori jaringan dalam web ini telah dipelbagaikan disamping mengintegrasikan pautan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan / Agensi lain. 
Diharap laman blog ini akan meningkatkan jaringan hubungan antara OT di Kelantan serta memudahkan perkongsian maklumat dan akses kepada maklumat yang terkini.
Akhir kata , saya mengalu-alukan kepada anda untuk melayari laman blog ini dan menggunakan maklumat yang ada dalam usaha meningkatkan lagi pengurusan dan tadbir urus terbaik OT di Kelantan.
Sekian wassalam
SUHAIMUDDIN BIN SULAIMAN
KETUA  PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARAKERJA NEGERI KELANTAN


No comments:

Post a Comment