Saturday, 22 July 2017

Sambutan Hari Raya Pemulihan Psikososial Peringkat Negeri Kelantan

19 Julai 2017 (Rabu) – Unit Pemulihan Carakerja,Jabatan Psikiatrik HRPZ 2, telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Serbaguna, Kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab 2.

Majlis ini diadakan bagi menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di samping dapat bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Ketua perkhidmatan Pemulihan Carakerja Negeri Kelantan iaitu Encik Suhaimuddin bin Sulaiman.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan lagi dengan pertandingan karaoke raya pesakit pemulihan psikososial yang disertai oleh wakil dari 12 pusat pemulihan psikososial dari seluruh Kelantan.Turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian jemputan dari kakitangan-kakitangan yang berbakat.

Turut hadir adalah ketua Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental HRPZ II,
DR. MOHD ARIFF B. MOHD. NOOR telah merasmikan ucapan penutupan

Berikut adalah coretan-coretan sepanjang majlis tersebut
































































No comments:

Post a Comment